PENGETIAN
Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan senantiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896. Acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan di dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai karena berbagai gaya lompatan yang digunakan oleh para atlet.
PENGERTIAN
Lompat tinggi merupakan olahraga yang menguji keterampilan melompat dengan melewat tiang mistar. Lompat tinggi adalah salah satu cabang dari atletik. Tujuan olahraga ini untuk memperoleh lompatan setinggi-tingginya saat melewati mistar tersebut dengan ketinggian tertentu.Tinggi tiang mistar yang harus dilewati atlet minimal 2,5 meter, sedangkan panjang mistar minimal 3,15 meter. Lompat tinggi dilakukan di arena lapangan atletik. Lompat tinggi dilakukan tanpa bantun alat.
Dalam pertandingan, mistar akan dinaikkan setelah peserta berhasil melewati ketinggian mistar. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki. Peserta boleh mulai melompat dimana ketinggian permulaan yang disukainya. Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak melompat. Menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat. Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali bertutrut-turut (tanpa diambil kira di atas mana kegagalan itu berlaku) akan keluar dari pertandingan. Seseorang peserta berhak meneruskan lompatan (walaupun semua peserta lain gagal) sehingga dia tidak dapat menuruskannya lagi mengikuti peraturan. Ketinggian lompatan di ukur secara menegak dari aras tanah hingga bagian tengah disebelah atas padang. Setiap peserta akan diberi peluang sebanyak tiga kali untuk melakukan lompatan. Jika peserta tidak berhasil melewati mistar sebanyak tiga kali berturut-turut, dia dinyatakan gagal. Untuk menentukan kemenangan, para peserta harus berusaha melompat setinggi mungkin yang dapat dilakukan. Pemenang ditentukan dengan lompatan tertinggi yang dilewati.
SEJARAH LOMPAT TINGGI
Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara Lompat Tinggi ketika di Scotland pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68 meter oleh peserta pada masa itu. Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting. Gaya ini sudah tidak dikenali oleh dunia lain sungguh pun masih ada peserta-peserta tanah air yang menggunakan gaya ini. Gaya ini dilakukan dengan lunjakan kaki yang jauh dari palang. Kaki bersilang diatas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan “duduk berlunjur”. Gaya ini tidak digalakkan sekali-kali.
Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodernkan oleh warga Irish-American M.F. Sweeney’s Eastern cut-off seperti gaya Gunting, tetapi bagian belakang mendatar semasa melompat melepasi palang. Sweeney telah berjaya menciptakan teknik yang bekersan dan menciptakan rekod 6’ 5 5/8’’ (1.97m) pada 1895. Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Sebenarnya, inilah gaya yang mula-mula diguna oleh Sweeny dan selepasnya maka habislah orang-orang Pantai Timur Amerika menggunakannya. Ini sebenarnya yang membolehkan gaya lompatan ini mendapat namanya hingga kini.
Seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine, memajukan dan mencipta teknik yang lebih efisyen iaitu Gaya Guling Barat. Ia berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun 1912 dan gayanya pula ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika Barat. Dengan ini terdapatlah namanya Guling Barat itu. Gaya ini adalah lebih baik dan berkesan dari gaya timur atau gaya gunting. Gaya ini boleh digalakkan supaya peserta-peserta tanah air memahirinya.
Pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan satu gaya yang menjadi ikutan pelompat-pelompat yang lain. Ini merupakan satu gaya lompat tinggi yang cukup popular dan dari segi mekanik pergerakan gaya ini sungguh beruntung dan berkesan dari gaya-gaya lompatan yang lain. Dalam pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960, 17 orang peserta memasuki pertandingan akhir dan dari 17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya kelana. Hal ini membuktikan kepopularan gaya ini.
Diantara semua gaya-gaya lompat tinggi yang telah digunakan oleh peserta-peserta maka gaya guling barat dan gaya kelana sajalah yang agak saintifik dan lebih berkesan bagi seseorang peserta.
CIRI-CIRI UMUM ACARA LOMPATAN
Adakah kejurulatihan satu seni atau sains?
Kejayaan suatu kejurulatihan adalah gabungan daripada aspek seni dan sains. Tiada atlit yang tidak berpengetahuan tentang faktor sainstifik mengenai pergerakan manusia, yang sekarang dikenali sebagai satu bidang biomekanik. Kita dapat lihat banyak kes mengenai manusia genius dengan pemberian tuhan adalah lebih baik daripada orang yang mengambil bagian.
Menurut Dick Fosbury, pengasas gaya Fosbury dalam lompat tinggi, latihannya berpusatkan kekuatan latihan yang digunakan, menjadi kawan baik dengan jurulatih dan menanamkan semangat untuk memecahkan rekod dunia dan akhirnya dia mendapat pingat emas dalam Olimpik.
Setiap lompatan mengandungi fase penujuan larian, penukaran kelajuan secara mendatar kepada kelajuan menegak dan pendaratan. Perkara ini mempunyai banyak kesinambungan daripada satu acara ke acara yang lain. Jika sesuatu konsep mekanikal dipahami, ia akan mudah digunakan untuk acara yang lain.
FAKTOR MEKANIKAL
1. Kelajuan Lonjakan
a. Kelajuan ialah lompatan menggunakan kaki secara drastik kepada setiap lompatan.
b. Atlit yang bersedia untuk membuat lompatan dipengaruhi oleh dua daya yang berbeza apabila melakukan pergerakan daripada berlari sehingga melonjak.
c. Salah satu dari daya ini ialah komponen mendatar dan kompenan menegak.
d. Daya komponen ini mengawal kelajuan pelepasan dan terus kepada kedudukan pinggang selepas lonjakan.
e. Objektif umum lompatan yang baik ialah memperlahankan kelajuan mendatar dengan kadar yang paling perlahan.
f. Masalah ketika menghasilkan daya menegak ialah kedudukan pinggang perlu berada dibawah persediaan melompat.
g. Dalam lompat tinggi, kelajuan semasa berlari sangat penting, tetapi sekiranya lonjakan terlalu cepat, kaki lonjakan tidak terkawal. Hal ini adalah mustahil untuk melakukan lojakan yang sempurna.
h. Kelajuan dalam lonjakan yang terbaik adalah dengan menggunakan Progress Pecutan secara beransur-ansur.
i. Masa yang biasa untuk memperlahankan penujuan apabila atlit mula membuat penukaran daripada mendatar kepada menegak.
j. Kebanyakan masalah disebabkan satu atau semua daripada faktor berikut:
- Kelajuan kaki yang berkurang ketika langkah kedua yang terakhir sebelum melonjak.
- Berhenti dengan kaki lonjakan.
- Membiarkan kedudukan pinggag terlalu rendah supaya dapat berlari dengan lebih laju.
k. Pinggang mestilah direndahkan sedikit dengan membengkokkan bahagian buku lali, lutut dan pinggang.
l. Perubahan dari mendatar kepada menegak adalah secara melembutkan pinggang dan tidak mengurangkan kelajuan mendatar.
2. KETINGGIAN PINGGANG SEMASA MELONJAK
Setiap atlit mempunyai ketinggian semulajadi yang tertentu dan faktor ini tidak boleh dikawal. Walau bagaimanapun, terdapat tiga teknik berbeza yang membantu meningkatkan pusat tubuh kepada ketinggian yang maksimum.
1. Tenik pertama ialah kebolehan berlari secara tinggi dan tegak yang diperlukan. Semasa fasa larian penujuan, sehingga sampai ke fasa lonjakan, kaki hendaklah memijak terus di bawah pinggang. Setiap kecenderungan untuk melangkah terlebih luas akan menyebabkan kedudukan pinggang berada di bawah.
2. Teknik kedua pula ialah lompatan yang efektif mempunyai kebolehan untuk memendekkan langkah terakhir sebelum melakukan lonjakan. Kependekan langkah akan menybabkan pinggang naik atau berada diatas.
3. Faktor ketiga ialah kelajuan semasa lonjakan. Faktor ini memberi kesan yang penting pada ketinggian pinggang sepanjang lonjakan. Kelajuan lonjakan yang tinggi dan kedudukan pinggang yang tinggi akan membuat lengkungan layangan lompatan tersebut.
SUDUT LONJAKAN
Sudut melalui pusat badan iaitu pinggang pelompat dipanggil sudut lonjakan. Layangan atau parabola ditentukan oleh dan semasa atlit mengangkat kakinya untuk lompatan. Ketika atlit berada di udara, laluan tidak boleh ditukar.Pelompat itu memulakan lompatan dan mendarat pada sudut yang sama.
Sudut lonjakan hasil daripada kelajuan larian. Semakin cepat fasa penujuan itu dan tanpa gangguan pergerakan, semakin mendatar sudut lonjakan itu. Sudut lonjakan yang rendah sangat penting dalam lompat jauh. Penyelesaian yang jelas menghasilkan kelajuan yang tinggi ketika di laluan larian dan dalam melakukan lonjakan. Lompat tinggi ialah pengecualian dalam prinsip kelajuan kerana atlit lompat tinggi mencuba untuk mencipta kompenen menegak atau lompatan yang tinggi dengan menggunakan kaki. Tetapi dalam lompat tinggi, kelajuan sangat penting dan sudut lonjakan lebih mendatar daripada yang kita fikirkan. Lompatan terbaik di dunia ialah dalam lingkungan 52° sudut lonjakan.
KESEIMBANGAN DAN PERTUKARAN
Aspek mekanikal yang terakhir dalam lompatan ialah mesti dilakukan dengan seimbang dan pertukaran yang berlaku semasa fasa layangan untuk setiap lompatan. Objektif atlit adalah untuk bergerak atau menyesuaikan kedudukan bahagian-bahagian tubuh semasa layangan untuk mengambil peluang terhadap parabola yang telah disediakan.
Seperti yang telah dinyatakan, parabola layangan tidak akan berubah ketika atlit di udara. Walaupun pergerakan satu bahagian badan diangkat atau satu lagi diturunkan. Dalam hukum Newton ketiga menyatakan untuk setiap pergerakan akan mengakibatkan yang sama dan berlawanan. Kelajuan pertukaran meningkat dan mengurang apabila berlaku perubahan jarak. Memanjangkan dan memendekkan lengan, kaki mempengaruhi kelajuan atau pertukaran di sekeliling paksi. Pertukaran yang spesifik ialah varasi kepada setiap acara, tetapi jurulatih yang bijak dapat memahami kesan terhadap badan ketika di udara.
SARANA DAN PRASARANA
1. Untuk Awalan
a) Daerah awalan panjangnya tidak terbatas minimum 15 m
b) Daerah tumpuan harus datar dan tingkat kemiringanya 1 : 100
2. Tiang Lompat
Tiang lompat harus kuat dan kukuh,dapat terbuat dari apa saja asal kuat dan kukuh.jarak kedua tiang tersebut adalah 3,98 – 4,02 m.
3. Bilah Lompat
Terbuat dari kayu, metal atau bahan lain yang sesuai dengan :
a) Panjang mistar lompat 3,98 – 4,02 m dan berat maksimal mistar adalah 2,00 kg
b) Garis tengah mistar antara 2,50 – 3,00 m, dengan penampang mistar terbentuk bulat dan permukaannya harus datar dengan ukuran 3cm x 15 cm x 20 cm
c) Lebar penopang bilah 4 cm dan panjang 6 cm
4. Tempat Pendaratan
Tempat pendaratan tidak boleh kurang dari 3 x 5 m yang terbuat dari busa dengan ketinggian 60 cm dan di atasnya ditutupi oleh matras yang tebalnya 10 – 20 cm.
Dalam lompat Tinggi ada beberapa gaya yang dilakukan, sebagai berikut:
1. Gaya Gunting (Scissors)
Gaya gunting bisa dikatakan Gaya Sweney, sebab pada waktu sebelumnya (yang lalu) masih digunakan gaya jongkok. Tepatnya tahun 1880, selanjutnya tahun 1896 sweny mengubahnya dari gaya jongkok menjadi gaya gunting. Diganti karena kurang ekonomis.Cara melakukan:Si pelompat mengambil awalan dari tengah. Bila pelompat pada saat akan melompat, tumpuan pakai kaki kiri (bila ayunan kaki kanan), maka ia mendarat (jatuh) dengan kaki lagi. Waktu di udara badan berputar ke kanan, mendarat dengan kaki kiri, badan menghadap kembali ke tempat awalan tadi.
2. Gaya Guling sisi (Western Roll)
Pada gaya ini sama dengan gaya gunting, yaitu tumpuan kaki kiri jatuh kaki kiri lagi dan bila kaki kanan jatuhnyapun kaki kanan hanya beda awalan, tidak dari tengah tapi dari samping.
3. Gaya Guling (Straddle)
Pelompat mengambil awalan dari samping antara 3, 5, 7, 9 langkah Tergantung ketinggian yang penting saat mengambil awalan langkahnya ganjil. Menumpu pada kaki kiri atau kanan, maka ayunan kaki kiri/ kanan kedepan. Setelah kaki ayun itu melewati mistar cepat badan dibalikkan, hingga sikap badan diatas mistar telungkap. Pantat usahakan lebih tinggi dari kepala, jadi kepala nunduk. Pada waktu mendarat atau jatuh yang pertama kali kena adalah kaki kanan dan tangan kanan bila tumpuan menggunakan kaki kiri, lalu bergulingnya yaitu menyusur punggung tangan dan berakhir pada bahu.
4. Gaya Fosbury Flop Cara melakukanya:
· Awalan, harus dilakukan dengan cepat dan menikung/ agak melingkar, dengan langkah untuk awalan tersebut kira – kira 7-9 langkah.
· Tolakan, Untuk tolakan kaki hampir sama dengan lompat tinggi yang lainya.Yakni, harus kuat dengan bantuan ayunan kedua tangan untuk membantu mengangkat seluruh badan. Bila kaki tolakan menggunakan kaki kanan, maka tolakan harus dilakukan disebelah kiri mistar. Pada waktu menolak kaki bersamaan dengan kedua tangan keatas disamping kepala, maka badan melompat keatas membuat putaran 180 derajat dan dilakukan bersama-sama.
· Sikap badan diatas mistar, sikap badan diatas mistar terlentang dengan kedua kaki tergantung lemas, dan dagu agak ditarik ke dekat dada dan punggung berada diatas mistar dengan busur melintang.
· Cara mendarat, mendarat pada karet busa dengan ukuran (5 x 5 meter dengan tinggi 60 cm lebih) dan diatasnya ditutup dengan matras sekitar 10 – 20 cm, dan prtama kali yang mendarat punggung dan bagian belakang kepala.
Yang diutamakan dalam melakuakan Lompatan ialah, lari awalan dengan kecepatan yang terkontol. Hindari kecondongan tubuh kebelakang terlalu banyak. Capailah gerakan yang cepat pada saat bertolak dan mendekati mistar. Doronglah bahu dan lengan keatas pada saat take off. Lengkungan punggung di atas mistar. Usahakan mengangkat yang sempurna dengan putaran kedalam dari lutut kaki ayun (bebas). Angkat kemudian luruskan kaki segera sesudah membuat lengkungan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar